Pada 23 Disember 2010 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, KSK Bayan Lepas yang dipengerusikan oleh YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad telah diishtiharkan sebagai KSK Cemerlang Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2010. Kesempatan ini, JKKKP Bukit Gemuroh ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YB ADUN Bayan Lepas dan AJK KSK Bayan Lepas yang mampu mencapai kejayaan yang sungguh gemilang itu. Sesungguhnya usaha gigih KSK Bayan Lepas yang berjaya menganjurkan pelbagai program tidak sia-sia. Syabas dan tahniah sekali lagi dari kami, JKKKP Bukit Gemuroh.
Tuesday, December 28, 2010
Wednesday, December 22, 2010
Blog JKKKP Bukit Gemuroh dinobatkan sebagai Johan Blog!
Tahniah kepada peserta-peserta yang menyertai Kursus e-Komuniti dan Pemantapan Kepimpinan JKKKP Pulau Pinang yang berjaya membina blog masing-masing. Setiap pasukan telah menunjuk minat yang amat membanggakan hingga di luar waktu kursus. Yang baru mengenal blog, facebook dan emel kelihatan sungguh gembira di wajah masing-masing. Maksudnya ada kepuasan selepas tamat kursus itu. Sebelum kursus ditutup secara rasmi, blog JKKKP Bukit Gemuroh telah diisytiharkan sebagai Johan Blog bagi JKKKP Daerah Barat Daya. Pengurus Bahagian Bina Insan, Perda, En Rohaimi Bin Othman telah menyempurnakan majlis penutup bagi kursus kali ini. Para peserta dinasihatkan untuk terus berkarya atau menulis blog sebagai media penyampaian maklumat kepada masyarakat sekeliling.
Sunday, December 19, 2010
SESI PEMBENTANGAN BLOG JKKKP
Saturday, December 18, 2010
:: Gambar-Gambar Sekitar Kursus e-Komuniti dan Pemantapan Kepimpinan JKKKP Pulau Pinang
![]() | |
Aku kena siapkan juga, malam ni ada bola! |
![]() |
Kenapa cikgu sampai terduduk? |
![]() | |
Cikgu Dzubed dok mengajar! |
![]() | |
Boleh jadikah dengan sebelah tangan aje! |
![]() |
Buat blog jangan dok bersembang! |
![]() |
KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR YANG LEBIH MENARIK! |
:: Program e-Komuniti Dan Pemantapan Kepimpinan
![]() |
Khusyuk! Mendengar ceramah |
![]() |
Bagus, mak cik-mak cik pun ikut serta! |
![]() | |
Ustaz Ahmad Lutfi |
Program e-Komuniti dan Pemantapan Kepimpinan Bersama JKKKP Daerah Barat Daya Pulau Pinang diadakan mulai 17 hingga 19 Disember 2010 di Hotel Regency, Jitra Kedah Darul Aman anjuran PERDA dan ICU. Program ini bertujuan untuk membentuk dan mengeratkan ukhwah permuafakatan antara Pengerusi JKKKP dan pemimpin masyarakat lain di samping menambah pengetahuan teknologi maklumat (ICT) melalui latihan pembinaan laman blog, laman sosial dan media baru lain. [baca lagi]
Subscribe to:
Posts (Atom)