"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSAMU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"

Wednesday, December 22, 2010

Blog JKKKP Bukit Gemuroh dinobatkan sebagai Johan Blog!

Tahniah kepada peserta-peserta yang menyertai Kursus e-Komuniti dan Pemantapan Kepimpinan JKKKP Pulau Pinang yang berjaya membina blog masing-masing. Setiap pasukan telah menunjuk minat yang amat membanggakan hingga di luar waktu kursus. Yang baru mengenal blog, facebook dan emel kelihatan sungguh gembira di wajah masing-masing. Maksudnya ada kepuasan selepas tamat kursus itu. Sebelum kursus ditutup secara rasmi, blog JKKKP Bukit Gemuroh telah diisytiharkan sebagai Johan Blog bagi JKKKP Daerah Barat Daya. Pengurus Bahagian Bina Insan, Perda, En Rohaimi Bin Othman telah menyempurnakan majlis penutup bagi kursus kali ini. Para peserta dinasihatkan untuk terus berkarya atau menulis blog sebagai media penyampaian maklumat kepada masyarakat sekeliling.